Saturday, October 23, 2010

KUIH KATUN


BAHAN-BAHAN

500g tepung pulut

2 cawan air(bergantung kepada jenis tepung pulut)

1 sudu kecil air kapur

sedikit minyak masak

daun pisang untuk mengalas

1/2 cawan beras pulut (basuh,tos dan goreng tanpa minyak sehingga kuning)

1/2 biji kelapa parut (yg muda lebih bagus untuk kuih) dan campurkan secubit garam

2-3 kerek besar nnise(gula merah) + 2 cawan air dan didihkan sehingga nnise cair
kalau pekat tambah air, biar sedang2 saja


Cara-cara:-

1. Satukan tepung pulut,dan air kapur dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil
gaul adunan hingga menjadi doh seperti membuat onde2 atau puteri mandi.

2. Sapu minyak pada loyang, alas daun pisang.Letakkan adunan tepung tadi,ratakan dan kukus sampai masak.

3. Gunakan garpu atau lidi untuk menyucuk adunan tadi, jika tidak melekat tandanya kuih dah masak lah..

4. Sejukkan,kemudian potong kecil-kecil sebesar ibu jari tangan,agak2 boleh masuk mulut la..

5. Gaulkan bersama kelapa parut tadi didalam pinggan.

6. Taburkan beras pulut goreng, dan cicah dengan air gula melaka enak sekali.

5 comments:

yatie yunus said...

Terima kasih utk resepi ni.

Unknown said...

macam mana plak kuih tu jadi warna perang mcm tuu..ada masukkan apa2 warn tak..atau mmg bila air kapur dicampur dgn adunan...dua jadi warna mcmtu

Unknown said...

Saya biasa buat kuih ni. Perang tu kerana dah bercampur dgn air gula melaka. Biasa air gula merah di tuang diatas kuih masa nak makan. Mmg cicah tu takle.

GALERI NR said...

masok air kopi

bunga pixma said...

Lg banjir air gula melaka tu lg sedap

Post a Comment