Saturday, October 16, 2010

KETUPAT SOTONG



Sapa pernah makan ketupat sotong?? hehe nama agak pelik bagi orang luar tapi rasa dia memang sedap..macam tajuk rancangan 'Pelik tapi sedap' la pulak..dalam sotong ada pulut yang dimasak bersama..rasa kuah agak manis yang dimasak bersama santan tapi bila nak buat tu jangan letak banyak sangat gula melaka bagi yang tak suka rasa manis..biasalah orang Kelantan ni suka manis-manis..

Cara nak buat sangat senang..sumbat aje beras pulut tu dan rebus sampai masak dengan santan..jangan lupa bubuh daun pandan untuk wangian dia..

Meh kita lihat bahan-bahannya dan cara-cara pembuatan..Selamat Mencuba..dah buat nanti leh post komen kat sini nak tanya atau nak kongsi pendapat ye..


Bahan- bahan yang diperlukan

10 ekor sotong yg agak besar ( saya suka guna yang besar2 sbb puashati makan)
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
sedikit garam
gula secukupnya
2 helaidaun pandan
10 batang lidi (3-4cm panjang)

Cara:

-Bersihkan beras pulut dan direndam selama 30-45minit.kemudian ditoskan .
-Bersihkan sotong dengan mengasingkan kepalanya.
-Kemudian isikan beras pulut tadi ke dalam badan sotong 1/3 penuh. Tutupkan semula badan sotong dengan kepala sotong dan cucuk lidi diantara badan dan kepala supaya tidak tercabut. Buat hingga kelihatan kemas dan jika perlu guna 2 batang lidi.
- Susun sotong yang telah disiap kedalam periuk beserta daun pandan dan masukkan sedikit air untuk merebus sotong tersebut dalam tempoh 20min.
Setelah itu barulah dimasukkan santan dan gula melaka serta secubit garam sebagai pelengkap rasa manis dan lemak.
-Masak sehingga pulut didalam sotong itu masak..
-Sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

shahaida said...

kalau nak sedap lagi...tambah halba ngan halia dalam kuah tu... lagi terangkat...

Suri Man said...

oh ye ke..sbb rasanya tu resepi terngganu bubuh halia dan halba..kl kelantan asalnya macm atas...pernah rasa dan sedap jugak..
thanks shahaida bagi komen

Norlatifah said...

kalu saya msti plus serai.la....gi sedap.

Post a Comment