Sunday, October 17, 2010

AKOK



AKOK..simple aje nama nya ..kuihnya rasa telur dan manis..ada pelbagai perisa samada pandan, nise(gula melaka), dan jagung. Kalau pergi ke negeri Kelantan kalau tak 'acu cuba try test'(maksudnya try aje tapi panjang berjela ayat dia..hihi) akok nih memang tak sah..ada bentuk 2 jenis akok kedut dengan akok tak berkedut..mesti kurang faham kalau anda tak biasa tengok dan makan..

ni resepi saya paste kat sini..resepi asal dari 1 facebook..cuba try pakai oven pun jadi cuma kena ada oven yang ada api atas bawah

bahan -bahannya:
10 biji telur ayam
300 gm gula melaka
200 ml air
400 ml santan
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam
70 gm tepung

cara membuatnya:
1. masak gula melaka bersama 200ml air hingga larut,masukkan sekali daun pandan yg dicarik2.
2. tutup api. biarkan suam.
3. masukkan santan & bahan lain. kacau sebati. tapis.
4. panaskan acuan akok/ muffin tray. dalam oven 210 degC.
5. letak lapisan paling atas dlm oven. masukkan sedikit minyak dlm acuan. biarkan minyak panas.
6. tuangkan bancuhan akok setinggi 1".
kuih akan mengembang. bila sejuk akan kecut balik.

ihsan:keluarga.ifastnet.com

1 comment:

Unknown said...

terima kasih atas resipi..huhu

Post a Comment