Saturday, October 16, 2010

AYAM PERCIK



kali ni saya bagi pula resepi ayam percik.Mesti terliur tgk gambar kat atas tu..Ayam percik ni tak sama dengan ayam percik yang duk jual kat kl atau kat luar negeri Kelantan tu..yang ni memang yang asli dan rasanya memang cukup sedap sebab ada rasa lemak santan yang di bakar beberapa kali. Sapa yang minat dan mencuba bolehla ambil resepi ni.

BAHAN-BAHANNYA:

bahan perapan ayam: (ditumbuk lumat)

-1 ekor ayam yang telah dipotong 4 bahagian
-4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- sedikit garam


Bahan untuk kuah ayam percik:

- 4 ulas bawang merah
-1 inci halia
-gula dan garam
-santan pekat (1 biji kelapa)
-1 batang serai yang telah diketuk
-sedikit air asam jawa
- sedikit jintan manis


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA:

- lumurkan bahan perapan ayam dan perap seketika supaya rasanya cukup mesra. Anggaran dalam 2 jam
-penyedian kuah: masukkan santan dan panaskan seketika kemudian masukkan serai, air asam jawa, jintan manis,gula dan garam dan kacau supaya tidak berketul
-masak kuah sehingga pekat
-kemudian bakar ayam yang telah diperap sehingga separuh masak
-salut ayam tadi dengan kuah percik dan bakar ayam sekali lagi
-salut ayam sekali lagi dengan kuah percik dan sehingga 3 lapisan.
-dan akhirnya tuang sedikit kuah percik tadi ketika menghidang.
-enak dimakan bersama nasi panas atau nasi kerabu..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment